fbpx

CIMB rekod prestasi lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) hari ini mengumumkan keuntungan sebelum cukai teras (tidak termasuk item luar biasa dan tidak berulang) berjumlah RM6.47 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2022 (9M22), iaitu peningkatan 22.9 peratus tahun ke tahun.

Untung bersih teras meningkat 23.2 peratus kepada RM4.73 bilion, diterjemahkan kepada pendapatan teras sesaham sebanyak 45.6 sen, dengan pulangan tahunan teras ke atas ekuiti purata meningkat kepada 10.4 peratus daripada sembilan peratus yang dicatatkan pada 9M21.

Prestasi kukuh itu didorong oleh pendapatan operasi lebih tinggi, pembendungan kenaikan kos serta peruntukan yang lebih rendah merentasi pasaran utamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan CIMB berkata, pendapatan operasi Kumpulan yang kukuh dipacu pertumbuhan pinjaman merentas semua perniagaan dan pasaran serta disiplin kos berterusan.

Abdul Rahman

Jelasnya, ia mencerminkan pemulihan ekonomi pasca-pandemik dalam ekonomi serantau, juga sebagai momentum positif daripada inisiatif yang dilaksanakan di bawah pelan strategik Forward23+ Kumpulan dalam membentuk semula portfolio dan membuat pelaburan berfokus di segmen yang menguntungkan.

“Kami baru-baru ini mengumumkan pencapaian penting dalam cita-cita digital dan kemampanan kami. Pada Ogos lalu, kami memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih generasi akan datang, CIMB Octo yang menyediakan pengalaman diperibadikan dan sedia masa hadapan.

“Kami menjangkakan untuk melancarkan ciri penuh CIMB Octo menjelang pertengahan 2023.

“Pada September, kami menggandakan komitmen kewangan mampan kami kepada RM60 bilion menjelang 2024, setelah mencapai sasaran RM30 bilion dua tahun lebih awal rancangan dan terbaharu, kami memperuntukkan RM30 bilion untuk pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana menjelang 2024,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI