fbpx

Belanjawan Negeri Sembilan 2023 lulus sebulat suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUN Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023.

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan Belanjawan 2023 dengan sebulat suara.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam penggulunggannya menjelaskan, belanjawan tersebut digarap dengan tumpuan mendepani cabaran masa depan dalam ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Fokus Belanjawan Negeri Sembilan 2023 adalah kepada pelaksanaan inisiatif- inisiatif yang diyakini dapat mengimbangkan keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan.

“Belanjawan ini terus diperkasa bagi memastikan rakyat dapat dibantu dalam mengharungi isu peningkatan kos sara hidup dan jaminan bekalan makanan,” katanya pada hari terakhir Persidangan Keempat (Belanjawan), Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Ke-14 di sini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 Negeri Sembilan yang memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM550 juta telah dibahaskan selama tiga hari oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak 25 November lalu.

Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang bertemakan ‘Melunas Janji, Menggalas Harapan’ merupakan perbelanjaan defisit sebanyak RM100 juta yang menyediakan sembilan bidang tumpuan dengan 64 inisiatif bagi membantu rakyat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI