fbpx

Zii Jia mahu beraksi tanpa jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan perpisahan dengan Indra yang membimbingnya sebelum ini.

PEMAIN perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk berpisah de­ngan jurulatihnya dari Indonesia, Indra Widjaja.

Perkara itu diakui Indra, 48, yang menjelaskan beliau telah mengadakan perbincangan de­ngan pihak pengurusan Zii Jia pada Jumaat lalu dan kini kembali bersama keluarganya di Jakarta.

Bekas pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Piala Dunia 1997 itu bagaimanapun mendedahkan, terkejut dengan keputusan tersebut selepas apa yang dilalui mereka bersama sepanjang tahun ini.

“Kami adakan perbincangan sekembalinya di Kuala Lumpur selepas tamat kejohanan di Australia. Umumnya Zii Jia mahu pengalaman dan perjalanan yang baharu.

“Dia mahu bermain tanpa ada jurulatih. Saya mengerti apa yang dia mahu dan saya menghargai perancangannya. Kita berpisah secara baik-baik.

“Pastinya terkejut juga sebab apa yang telah kita lalui selama tahun ini. Tanggungjawab sangat besar, ujian dan kritikan juga begitu hebat,” katanya.

Antara kejayaan bersama Zii Jia tahun ini adalah muncul juara Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand selain naib juara Terbuka Denmark, tempat ketiga Terbuka Indonesia, All England serta Tebuka Jerman.

Sementara itu, pengurus Zii Jia, Lee Zii Yii mengesahkan mengenai perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Indra yang telah menyumbang khidmat sepanjang melatih pemain itu sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI