fbpx

Video disalah erti, Atiq Azman berang dituduh gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGAS Atiq Azman, dia bukan gay dan sedang mencari wanita idaman yang tulen.

PETALING JAYA – “Saya tidak menyokong LGBT, saya ‘straight'”.

Demikian penegasan Atiq Azman apabila dilabel sebagai seorang homoseksual oleh seorang pengguna media sosial.

Individu itu menuduhnya mempunyai kecenderungan sebegitu gara-gara video dimuat naik Atiq yang memperlihatkan bentuk bahagian sulitnya seolah-olah ditujukan kepada golongan lelaki.

Malah, stereotaip generasi kini menilai lelaki yang memiliki muka ‘jambu’, bibir kemerah-merahan dan badan sado merupakan seorang gay.

Tidak berdiam diri, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah itu memuat naik video dalam InstaStory meminta individu tersebut tampil untuk menjelaskan keadaan.

“Sekitar pukul 4 petang tadi saya ada mengajak individu tersebut untuk membuat ‘live’ bersama-sama tetapi dia mendiamkan diri dan memaklumkan sedang bekerja.

“Saya bukan nak melayan sangat tetapi lebih kepada memberi peluang untuk tuan diri bersuara,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Tambah pelakon itu, video yang dimuat naik dalam Instagram ditujukan kepada wanita.

Bahkan dia kini masih mencari calon wanita idaman yang merupakan seorang perempuan tulen dan bukan cantik semata-mata.

Bagaimanapun, Atiq sempat meninggalkan pesanan kepada individu itu dan bersedia menerima permohonan maaf tanpa menyimpan dendam.

“Satu perkara sahaja yang saya nak pesan adalah apabila nak bercakap cermin diri dahulu.

“Jangan suka hati bercakap tidak bertapis. Bagi saya, tuduhan itu seperti tidak menghormati seseorang tidak kira sama ada saya atau orang lain.

“Jika pihak sana memohon maaf, saya terima dengan terbuka. Kalau tidak, merangkaklah di akhirat kelak,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI