fbpx

Terengganu hanya mempunyai 85 pegawai penguat kuasa syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) mengalami kekurangan pegawai yang menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang syariah di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, pegawai penguatkuasa JHEAT di seluruh negeri ini cuma 85 orang.

Beliau (Pas-Paka) berkata, seramai 17 pegawai penguatkuasa itu ditempatkan di ibu pejabat JHEAT di sini manakala selebihnya di lapan pejabat agama daerah.

“Ikutkan memang ikut cukup bagi rakyat Terengganu yang kini lebih 1.2 juta orang selain kewujudan daerah baharu, Kuala Nerus.

“Kita berhasrat untuk menambah bilangan penguat kuasa syariah walaupun secara kontrak pada tahun hadapan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Hilmi Harun (Pas-Manir) dalam sesi soal jawab lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Satiful Bahari berkata, alternatif lain dicadangkan ialah penggunaan sumber luar dalam kalangan sukarelawan.

Beliau menjelaskan, cadangan tersebut masih dalam pertimbangan JHEAT serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI