BEKAS kumpulan T-ara, Soyeon terbang ke Qatar untuk memberikan sokongan buat suaminya yang merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan Korea Selatan.
Soyeon memuat naik hantaran menyatakan dia sudah berada di sisi suaminya, Cho Yu-min.
Bukan itu sahaja, kedua-dua ibu kepada pasangan itu juga turut kelihatan bersama-sama ke Qatar.
Pasangan yang baru berkahwin 1 November lalu, menangguhkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan ini selepas Yu-min menghabiskan musim K-League.
Namun, pemain bola itu terpilih untuk mewakili negara untuk 2022 FIFA World Cup yang diadakan di Qatar.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut buat masa ini dan tidak ada tarikh yang ditetapkan lagi.