DIKENALI sebagai bintang bertaraf dunia, Shah Rukh Khan (SRK) hakikatnya tetap seperti insan biasa lain yang masih suka membeli-belah sendiri tanpa ditemani pengawal peribadi.
Situasi itu dapat dilihat di sebuah pasar raya di Jeddah, Arab Saudi apabila seorang peminat terserempak dengannya sedang meninjau barangan yang ingin dibeli.
Peminat yang berkongsi momen berkenaan di laman sosial mengakui seakan tidak percaya berjumpa King Khan di bahagian barangan sejuk di pasar raya di tanah Arab.
SRK yang memakai topi dilihat ditemani beberapa kru filem Dunki untuk membeli barangan makanan serta keperluan penggambaran filem arahan Rajkumar Hirani itu.
Sebelum itu seorang peminat lain mengambil gambar SRK bersama rombongannya di lapangan terbang dari kejauhan.
Namun, dia sempat memanggil nama selebriti kesayangannya dan nyata aktor tersebut membalas panggilannya disusuli ciuman di angin lalu.
Nyata SRK pandai melayan peminat biarpun sibuk melakukan urusan peribadi.