fbpx

PRU15: Abdul Hadi persoal kredibiliti PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HADI Awang dalam sidang akhbar pada ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kampung Mentara di sini malam semalam.

ROMPIN – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada cukup syarat atau tidak untuk menjawat jawatan nombor satu negara itu.

Beliau mendakwa, Anwar merupakan bekas individu yang dihukum mahkamah kerana kesalahannya dan meminta pengampunan.

“Kita tak tahulah yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak tak tahu, bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya dan diminta pengampunan. Kalau dia tak salah mengapa minta pengampunan? Ini boleh jadi ketua negara?

“Kemudian dalam ucapan-ucapan pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa, nak tentang itu ini, nak tentang perompak harta negara tapi sekarang ini cuba bersekongkol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan kerana nak mencukupkan jumlah.

“Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini jangan biarkan, ini satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan,” dakwanya ketika menyampaikan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Kampung Mentara di sini semalam.

Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa, Pas menolak pelawaan menyertai kerajaan perpaduan disebabkan gabungan itu tidak didominasi pemimpin Islam dan merupakan kerajaan minoriti yang ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Islam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN…bersama kaum lain.

“Bukan Melayu saja termasuk ada India, China dan bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Sokongan ini mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI