KLANG – Seorang penceramah bebas bergelar ustaz dijangka akan didakwa sembilan pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Klang, pagi ini.
Suspek berusia 30an yang hadir pukul 8.30 pagi itu bakal didakwa berkenaan kes rogol dan gangguan seksual di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.
Terdahulu, Kosmo! pada 19 Julai lalu melaporkan lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada pukul 4.50 petang pada 18 Julai lalu.
Ini selepas polis menerima laporan daripada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berkaitan kes rogol.- KOSMO!ONLINE