fbpx

Padah ekzos bising, Geng Moto Binjal akhirnya kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Geng Moto Binjal ditahan polis kerana mengubah suai ekzos motosikal dalam operasi di Kampung Binjal, Asun pada semalam.

JITRA – Polis menahan 14 remaja yang menggelarkan diri mereka, Geng Moto Binjal dalam operasi di Kampung Binjal di Asun dekat sini semalam.

Operasi kira-kira pukul 5 petang itu melibatkan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu diketuai Asisten Superintenden Mohd. Juhaisam Jusoh.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 69 saman dikeluarkan dan 10 motosikal disita.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan, operasi bermula pada pukul 5 petang itu dibuat setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

“Mereka yang ditahan berusia antara 13 hingga 18 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising.

“Bunyi bising dari ekzos itu mengganggu ketenteraman penduduk lain selain ada motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kesemua remaja terbabit kemudian dibawa ke balai polis sebelum dijamin oleh keluarga dan waris masing-masing.

“Polis berharap ibu bapa sentiasa memantau anak-anak mereka bagi mengelakkan terlibat dalam aktiviti tidak sihat,” ujarnya.

Selain itu, beliau meminta orang awam agar menyalurkan dan berkongsi maklumat kegiatan bermotosikal seperti itu supaya pembanterasan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI