fbpx

Negara perlu perubahan untuk capai kejayaan dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan semasa hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Malaysia memerlukan perubahan menyeluruh bagi mengembalikan kejayaan yang pernah dicapai sebelum ini berikutan situasinya dilihat merosot daripada sudut ekonomi, kestabilan dan disiplin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemerosotan itu turut melibatkan isu pelanggaran hukum termasuklah hal berkaitan penyelewengan rasuah yang turut melibatkan penglibatan penjawat awam.

“Saya harap ini satu permulaan, Malaysia memerlukan perubahan untuk ke satu tahap yang kita pernah capai dahulu, malangnya ia merosot baik daripada ekonomi, kestabilan dan disiplin.

“Tentunya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) tahu tentang pelanggaran hukum termasuk isu-isu penyelewengan rasuah dan kadang-kadang ada kaitan dengan peringkat penjawat awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra di sini tadi.

Pada masa sama, Anwar turut memberi gambaran kehidupannya yang sering bergelora, namun masih bersifat konsisten untuk menggunakan kuasa demi manfaat rakyat dan bukannya mengkayakan keluarga serta kroni.

“Rakan-rakan saya yang pernah tahu saya Menteri Kewangan adalah melarang sama sekali keluarga saya untuk diberikan kepentingan dalam apa-apa kelulusan projek kerajaan, negara ini bukan rosak kerana perkhidmatan awam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI