LONDON – Seorang peminat sukan bola sepak di England berhenti kerja semata-mata tidak mahu ketinggalan menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, lapor laman berita Okezone semalam.
Menurut akhbar The Sun, Casey Boshop, 39, yang merupakan seorang penyokong kuat pasukan England, membuat keputusan itu kerana enggan terlewat walaupun seminit untuk menonton pasukannya beraksi.
“Saya akan berasa amat kecewa jika perlu memasuki pejabat (ketika perlawanan berlangsung). Saya peminat tegar bola sepak dan tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya jika tidak dapat menonton,” katanya.
Boshop sebelum ini bekerja di Universiti Northumbria, Newcastle.
Dia bagaimanapun sudah mendapat pekerjaan baharu yang akan bermula awal 2023.
Selepas menganggur, dia sering menghabiskan masa di rumah, zon peminat atau pub untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2022.
Bagaimanapun Boshop berkata, dia enggan pergi ke Qatar untuk menonton acara sukan itu secara langsung kerana peraturan yang melarang pengambilan arak sepanjang Piala Dunia berlangsung. – Agensi