fbpx

Lelaki hina Jokowi di YouTube minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris membuat permohonan maaf menerusi satu video lain. – Istimewa

JAKARTA – Polis Indonesia menghentikan siasatan kes seorang lelaki yang menghina Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas pelaku tampil membuat permohonan maaf, lapor laman berita Merdeka semalam.

Suspek bernama Harris Syahputra Damanik, 41, mengakui perbuatan tersebut dan menyesali perbuatannya.

“Saya, Harris Syahputra Damanik selaku pemilik akaun YouTube Raja Harris Raja Record memohon maaf atas video yang dimuat naik pada akaun tersebut dan menyinggung perasaan ramai pihak.

“Disebabkan kesalahan itu, saya memohon beribu kemaafan atas kejadian ini dan berasa menyesal atas perbuatan saya. Terima kasih,” katanya.

Harris  ditahan di Badung, Pulau Bali, Jumaat lalu selepas memuat naik beberapa klip video yang menghina Jokowi di laman perkongsian video, YouTube menerusi akaun Raja Haris Raja Record, lapor laman berita Suara.com.

Akaun tersebut memaparkan 90 video lain dengan kesemuanya dihasilkan di Pulau Bali.

Antara kandungan video yang dikongsikan adalah perbuatan mencaci dan menghina simbol negara, membuat pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk mengenai dakwaan ijazah palsu Jokowi.

Suspek mengakui bahawa semua itu dilakukan sebagai rasa marah terhadap beberapa kejadian yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.

Menurut polis, suspek dibebaskan selepas mengaku menyesal atas semua perbuataannya itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI