ROM, ITALI – Seorang atlet dari Sepanyol menempa nama dalam Guinness World Records selepas memecahkan 39 biji tembikai dalam masa 1 minit menggunakan tangannya, lapor agensi berita United Press International semalam.
Menurut Guinnes World Records, Roberto Rodriguez mencatat rekod kategori buah tembikai paling banyak dipecahkan dengan menggunakan tangan dalam masa 1 minit. Dia mencatat rekod dunia itu dalam program televisyen khas di Itali, Lo Show Dei Record.
Rodriguez menggunakan tangannya untuk melakukan aksi tersebut sambil buah tembikai dipegang oleh beberapa sukarelawan.
Jumlah keseluruhan buah tembikai yang dipecahkan adalah 39, cukup untuk membolehkan Rodriguez diberikan gelaran tersebut. – Agensi