fbpx

Hashim Mustapha masih hidup, kini kritikal di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kiri) semasa melawat Mohd. Hashim (tengah) di rumahnya di Kota Bharu bulan lalu.

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Hashim Mustapha, 57, kini ditidurkan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak beberapa hari lalu.

Keadaan Mohd. Hashim ketika ini sekali gus menafikan khabar angin yang mendakwa bekas penyerang skuad Kelantan itu meninggal dunia seperti yang tular menerusi WhatsApp pagi tadi.

Menantu Mohd. Hashim, Mohd. Nizab Ayub berkata, bapa mentuanya ketika ini masih berada dalam kritikal.

“Dia (Mohd. Hashim) masih lagi ada dan masih dirawat di ICU, HUSM.

“Bagaimanapun, doktor sudah memaklumkan untuk memanggil semua ahli keluarga bertemu dengannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Hashim terpaksa ditidurkan berikutan keadaan jantung yang semakin tidak stabil pada Sabtu lalu.

Beliau yang juga menghidap penyakit kencing manis sudah menjalani pembedahan memotong kaki kiri pada 27 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI