fbpx

Ulas sukan seakan beri ceramah agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengulas sukan Piala Dunia Qatar 2022 yang sedang mengulas sebuah perlawanan bola sepak.

PETALING JAYA – Gelagat seorang pengulas sukan yang mengulas salah satu perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Seperti pengkongsian di media sosial @abangMisai, memaparkan aksi pengulas tersebut yang dilihat bersungguh-sungguh mengulas perlawanan yang sedang berlangsung.

Lebih menghiburkan, ulasan yang diberikan adalah di dalam bahasa Arab ditambah pula dengan semangat yang luar biasa.

Susulan itu, rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi dan menyifatkan penyampaian berkenaan seperti sedang menyampaikan khutbah atau ceramah agama.

“Jangan pula ada yang tadah tangan masa dia tengah mengulas sukan, yelah dengar pun macam doa” komen seorang pengguna.

“Ini kalau siapa yang tidak faham bahasa Arab terus insaf masa tengok bola, ingatkan pengulas sedang baca khutbah rupanya sedang berdoa,” kata seorang lagi pengguna.

“Mesti terasa macam dengar khutbah atau kena ruqyah kalau tengok yang pengulas Arab kan. Masa itu juga rasa hendak bertaubat,” ujar seorang pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir yang berpendapat bahawa ia adalah peluang keemasan untuk mempelajari bahasa asing.

“Sebab itu kita kena belajar bahasa Arab, hendak baca al-Quran pun senang, hendak tengok bola pun faham kalau pengulas dari Arab,” tulis pengguna itu.

Setakat ini, perkongsian video berkenaan telah meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan dengan 35,200 tanda suka dan 1,880 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI