fbpx

‘Tolong kami cari abang dah hilang seminggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza dan Salmiah (kanan) menunjukkan gambar Abu Zahrin yang hilang sejak seminggu lalu di Kampung Gunung Pasir, hari ini. - Foto NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Sebuah keluarga di Kampung Gunung Pasir, di sini sedang mencari salah seorang ahli keluarga mereka, Abu Zahrin A. Hassan, 67, yang disedari hilang sejak hampir seminggu lalu di rumah pusaka mereka.

Adik bongsu warga emas berkenaan, Norliza Abu Hasan, 53, yang bekerja sebagai penjawat awam berkata, dia menyedari ketiadaan abangnya itu selepas memanggil berulang kali untuk makan malam selepas solat Isyak.

Menurutnya, setiap kali waktu makan malam, abangnya yang tinggal di rumah pusaka terletak bersebelahan akan datang untuk makan.

Ujarnya, pada malam kejadian, dia berasa curiga abangnya masih tidak muncul untuk makan di rumah tidak seperti biasa sekitar pukul 7 malam.

“Bila tengok ke dalam rumah, abang tiada. Kami sekeluarga, anak-anak abang serta penduduk kampung sudah puas mencari, namun tidak berhasil.

“Selepas tempoh 24 jam kehilangan, saya membuat laporan polis. Sebelum ini abang tak pernah hilang dari rumah, pergi ke mana pun abang akan tetap pulang.

“Dia memang sudah dikenali penduduk kampung dan kalau penduduk nampak abang berjalan kaki dengan tongkat di sekitar kampung atau di Pekan Kuala Pilah, mereka akan menghantar abang pulang,” katanya ketika ditemui di Kampung Gunung Pasir, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, seluruh keluarga bimbang dengan keadaan warga emas tersebut lebih-lebih lagi sudah seminggu kehilangannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI