fbpx

Tepati ramalan, Jaclyn Victor juara GV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Selepas 11 minggu berentap, penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Kemenangan Jaclyn sekali gus menundukkan lima peserta lain untuk pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Pada persembahan akhir bertemakan Kemanisan Di Akhir Garisan, Jaclyn atau mesra disapa Jac menambat hati juri dengan membawakan lagu It’s All Coming Back To Me Now dan This Is Me untuk segmen solo. Manakala saingan ‘battle’ pula bersama VE menerusi lagu Sang Saka Biru dan The Real Slim Shady.

Tanpa disangka, penyanyi Bob turut memberi kejutan dengan menduduki tempat kedua menerusi persembahan mantap sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Penyanyi Shila Amzah yang disebut-sebut pesaing hebat Jac bagaimanapun terpaksa menerima hakikat apabila sekadar menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.

Manakala Tomok pula akur di tempat keempat dengan hadiah bernilai RM20,000.

Satu-satu peserta berkumpulan, VE sekadar berpuas hati meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala penyanyi kelahiran Singapura Hazrul Nizam berada di tangga keenam dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Dikendalikan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, konsert akhir GV9 diadili tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta juri jemputan, Edry Abdul Halim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI