fbpx

Ramai teruja Sultan Brunei pandu kereta sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Brunei memandu sendiri kereta jenis BMW ketika mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri hari ini

PETALING JAYA – Meskipun pernah dinobatkan sebagai salah seorang individu terkaya di dunia, namun sikap merendah diri yang selalu ditonjolkan oleh pemimpin dunia ini sering kali menjadi perhatian.

Terbaharu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan pengukuhan hubungan bersama Malaysia hari ini telah mencemar duli memandu sendiri kereta ketika disambut di Pangkalan Tentera Udara Malaysia Subang (TUDM) hari ini.

Ia juga merupakan pertemuan pertama baginda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.

Menjadi tumpuan apabila Sultan Hassanal berkenan memandu sendiri kenderaan yang dinaiki bersama anakanda Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Anwar dari Pangkalan TUDM ke perkarangan Kompleks Seri Perdana pada pukul 12.25 tengah hari.

Orang ramai yang menyaksikan peristiwa bersejarah itu rata-rata teruja lantaran melihat sendiri sikap rendah diri baginda yang merupakan pemimpin tertinggi Brunei.

“Sebelum ada lihat baginda memandu sendiri kereta mewah beliau tetapi dalam YouTube sahaja, kali ini dapat lihat di negara kita pula.

“Hebat tuanku, masih kuat dan mampu memandu sendir. Baginda pun antara individu yang meminati kereta sport. Banyak koleksi baginda ada,” ujar Tinasugaren.

“Turun kapal terbang terus pandu sendiri, hebat tuanku. Perdana Menteri pun berada sebelah baginda.

“Harap hubungan antara dua negara nusantara ni berada dalam keadaan baik. Suka tengok hubungan dua pemimpin disegani dunia ini bertemu,” ujar Syamsul Fahmi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI