fbpx

Nasi berempah bawa tuah dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izan (dua dari kanan) mencuba masakan salah seorang peserta di Midas Mart, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Dua beradik tidak menyangka keputusan untuk menyediakan juadah nasi berempah dan kari sotong menggunakan rempah ratus Bestari Food Malaysia berjaya mengangkat mereka sebagai pemenang dalam Pertandingan Memasak Midas 20 di sini kelmarin.

Ruksanna Begum Hassan, 42, dan adiknya, Rukzanora, 40, merangkul baucar tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Bestari dan Adabi.

Ruksanna berkata, dia dan adiknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mencari idea masakan setelah meninjau bahan mentah serta produk yang disediakan pihak penganjur.

“Alhamdulillah, nasi berempah, kari sotong, sambal udang dan puding kastat berjaya menambat hati juri hingga memilih kami sebagai juara.

“Kami tidak sangka boleh menang, kami merupakan pelanggan tetap Midas Mart sebab saya buka perniagaan di Kampung Melayu Majidee. Bahan-bahan semua dibeli di sini,” katanya.

Pemenang tempat kedua pula menerima baucar tunai RM500 beserta hamper.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Bestari Food Malaysia, Azatul Izan Mohamed Nordin berkata, acara itu diadakan dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. sempena ulang tahun ke-20 Pasar Raya Midas Mart Pandan.

“Pertandingan memasak ini merupakan antara aktiviti yang disusun dalam kalender ulang tahun Midas Mart, kami adalah penaja utama dengan kerjasama Adabi.

“Seramai 10 kumpulan layak atau terpilih ke pertandingan akhir yang merupakan pelanggan Midas Mart setelah melalui beberapa cabaran,” katanya.

Menurut Azatul Izan berkata, setiap peserta atau kumpulan perlu menyiapkan dua jenis masakan utama serta satu masakan pencuci mulut berasaskan produk Bestari dan Adabi selain bahan mentah disediakan Midas Mart. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI