fbpx

NASA dedah warna sebenar Planet Pluto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pluto dikategorikan semula sebagai planet kerdil pada 2006 kerana ia tidak memenuhi kriteria planet bersaiz penuh. – Instagram/NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan imej warna sebenar Planet Pluto di laman Instagram. Laman berita Wion News semalam melaporkan bahawa gambar itu dirakam daripada misi New Horizons.

“Jasad planet kecil (Pluto) Sabtu (kelmarin),” demikian keterangan pada gambar yang dimuat naik itu.

Tambah keterangan sama,  gambar itu dirakam pada jarak 35,445 kilometer dari Planet Pluto. Ia  turut mendedahkan glasier besar Pluto  yang terbentuk daripada gas nitrogen dan metana  serta dikenali sebagai ‘jantung’.

Planet itu dianggap mengandungi bahagian dalaman berbatu dan berkemungkinan mempunyai lautan di bawah permukaan, manakala permukaannya dilitupi  ais yang terdiri daripada air, metana dan nitrogen.

Menurut NASA, permukaan Pluto berkawah, berwarna putih dan sawo matang serta merah keperangan. 

‘Jantung’ separa yang boleh dilihat itu berwarna putih manakala warna sawo matang dan putih berada di bahagian atas gambar bagi menggambarkan permukaan merah coklat.

Meskipun sebelum ini disenaraikan sebagai planet kesembilan dalam sistem suria, Pluto diturun taraf dan dikategorikan semula sebagai planet kerdil pada 2006 kerana ia tidak memenuhi kriteria planet bersaiz penuh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI