fbpx

Kongsi gambar suasana perkahwinan, Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA gambar seperti majlis perkahwinan yang dikongsikan Nabila Razali dalam Instagram miliknya.

PETALING JAYA – Akaun Instagram milik Nabila Razali mencetuskan tanda tanya selepas penyanyi itu meninggalkan gambar berbentuk kolaj seolah-olah sedang meraikan hari bahagia (perkahwinan).

Bahkan, dalam InstaStory miliknya, Nabila atau mesra disapa Bella turut berkongsi beberapa foto seperti suasana dalam majlis resepsi pernikahan yang diadakan di tepi pantai.

Menambahkan perasaan ingin tahu ramai, Nabila turut memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan.

Lebih mencetuskan teka-teki, apabila pada ruangan bio, Nabila berkongsi emoji berbentuk cincin dan pengantin perempuan.

Bahkan dia juga berkongsi nama seorang lelaki bernama Aisy Mateen yang disertakan bersama simbol hati.

Bagaimanapun, pelantun Peluang Kedua itu bertindak menutup ruangan komen dalam Instagramnya.

Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, ketika dihubungi Kosmo! Online bagaimanapun memberitahu dia sedang menjalani penggambaran dan minta diberikan sedikit masa.

AKAUN Instagram Nabila Razali mencetuskan tanda tanya ramai.

“Saya sedang shooting (penggambaran). Nanti saya ‘call’ semula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sekadar info, pada Mac lalu, Nabila yang juga merupakan seorang pelakon mendedahkan dirinya masih berasa sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu.

Kata selebriti berusia 29 tahun itu, pengalaman putus cinta tersebut berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

“Kisah putus cinta ini sudah lama, sebelum saya bergelar artis lagi sebenarnya. Kami bercinta pun tidak lama sebenarnya, dalam setahun. Ketika itu saya belum bergelar seorang artis.

“Punca putus cinta adalah disebabkan orang ketiga. Saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak,” ujar Nabila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI