fbpx

Kereta lama milik Anwar Ibrahim tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memandu kereta lamanya bersama isteri, Dr. Wan Azizah. - Foto AMIRUL IHSAN

PETALING JAYA – Sebuah kereta lama milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi tular di media sosial terutamanya Facebook apabila dua keping gambar menyaksikan figura itu memandu bersama isterinya dikongsi orang ramai.

Kereta jenama Volkswagen Beetle berwarna hijau gelap itu dikatakan milik Perdana Menteri yang sudah lama disimpan, namun masih berada dalam keadaan baik.

Kereta yang dipercayai dikeluarkan sekitar tahun 1960-an itu dikatakan salah satu koleksi Perdana Menteri dan merupakan antara kereta yang paling digemari beliau.

Menerusi perkongsian di Facebook Kereta Sebelum Tahun 2000, menyaksikan dua keping gambar yang diambil melalu foto Amirul Ihsan menunjukkan Anwar bersama isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kereta tersebut untuk bersiar-siar.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji Perdana Menteri Ke-10 itu kerana pandai menjaga kereta klasik walaupun sudah lama, namun kelihatan masih tegap dan baharu.

“Perdana Menteri pun masih simpan lagi kereta klasik dia, masih nampak baharu. Suka tengok kemesraaan pasangan pemimpin kita ni,” kata Zaidah Jaafar.

“Orang kalau dah sayang kereta ni dia punya jaga bukan biasa-biasa. Katanya kereta ini Datuk Seri masih simpan dan masih juga digunakan sehingga sekarang.

“Perdana Menteri juga rupanya suka dengan kereta klasik, tahniah Datuk Seri, semoga memerintah Malaysia dengan berjaya hendaknya,” kata Hisham Muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI