PENYANYI rap sensasi, Kanye West mencetuskan kontroversi apabila didakwa pernah menunjukkan gambar bogel bekas isteri, Kim Kardashian kepada pekerjanya.
Bukan itu sahaja, West juga bertindak keterlaluan apabila turut mengajak pekerjanya menonton rakaman video seks dia bersama Kim yang disimpan dalam telefon bimbit.
“West sudah keterlaluan kerana sanggup menunjukkan gambar bogel bekas isterinya dan rakaman hubungan ranjang mereka kepada pekerja,” kata salah seorang pekerjanya.
Malah, individu berkenaan mendakwa Kanye pernah memasang video pornografi ketika mereka sedang bermesyuarat. Lebih teruk, West juga mengajak mereka bercakap perkara lucah.
Kata bekas pekerjanya itu lagi, Kanye tidak pernah menunjukkan rasa malu sebaliknya berbangga dengan tindakan tersebut.
“Kanye pernah menunjukkan foto bogel Kim dengan gaya yang sombong sambil memberitahu isterinya baru sahaja menghantar gambar tersebut,” katanya.