AKTOR Chris Hemsworth sedih dan terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dirinya berisiko untuk menghidap masalah Alzheimer atau nyanyuk kerana faktor genetik.
Menurut pelakon berusia 38 tahun itu, dia berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian kesihatan sewaktu menjalani penggambaran program dokumentari, Limitless With Chris Hemsworth.
Selepas melakukan beberapa ujian, doktor akhirnya mendapati pelakon filem Thor itu cenderung menghidap masalah Alzheimer antara lapan hingga 10 kali ganda.
Ujar Hemsworth lagi, datuknya kini sedang berdepan masalah tersebut.
Katanya, penyakit tersebut disebabkan oleh faktor genetik.
“Sudah tentu saya sedih dan terkejut dengan penjelasan doktor.
“Saya berisiko menjadi nyanyuk kerana faktor genetik. Datuk saya juga mempunyai masalah yang sama sekarang,” katanya.