fbpx

Cemas diserang asma ketika hantar anak ke universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang berusaha menenangkan diri berbekalkan oksigen yang terdapat di dalam kereta.

PETALING JAYA – Pengorbanan seorang ayah terbukti apabila tetap menunaikan tanggungjawab bagi menghantar anaknya ke sebuah universiti meskipun kesihatan tidak mengizinkan.

Seorang pengguna TikTok, @pakli67 atau Razali Shahran berkata, asmanya menyerang semula sewaktu berada di pertengahan jalan usai menghantar anaknya ke sebuah kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

“Terasa seakan-akan oksigen terhenti, leher pula terasa kejang dan kepala berasa agak pening,” jelasnya menerusi hantaran tersebut.

Sehubungan itu, perkongsian tersebut telah mengundang simpati daripada para netizen di TikTok dan ada juga yang sempat berkongsi kenangan masing-masing.

“Apabila saya melihat pak cik, saya teringat kepada arwah ayah saya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pak cik. Semoga terus diberi kekuatan,” ujar seorang warga TikTok lain.

“Pengorbanan seorang ayah. Saya sayang ayah saya kerana dia juga selalu menghantar saya kemana pun ingin saya pergi,” tulis netizen lain pula.

“Buat anak kepada pak cik ini, saya ingin menyampaikan pesanan. Sesungguhnya, anda sangat beruntung kerana dapat merasakan perjuangan dan kasih sayang daripada seorang ayah,” komen seorang pengguna.

Terdahulu, Pak Li pernah mendapat perhatian media susulan keadaan kesihatan anak sulungnya yang menghidapi Cerebral Palsy sejak lahir.

Hantaran tersebut berjaya meraih sebanyak 99,200 tanda suka, dan 852,800 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI