fbpx

Suami isteri dicekup edar dadah bernilai RM14,330

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah-dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Baiduri, Tumpat semalam. FOTO IHSAN POLIS

TUMPAT – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai RM14,330 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Baiduri di sini semalam.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum mendapati suspek pertama yang berusia 41 tahun dan isterinya berusia 39 tahun berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, kedua-dua suspek pada awalnya enggan memberi kerjasama apabila cuba untuk melarikan diri.

Menurutnya, selepas berlaku pergelutan, mereka akhirnya berjaya ditahan polis.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menjumpai sebanyak 13 biji pil kuda, 29 gram dadah jenis heroin dan 14 gram dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM 14,330.

“Selain itu, polis turut menyita wang tunai bernilai RM 9,837, sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah motosikal jenis Honda Vario 150, dua gelang tangan dan tiga bentuk cincin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amran, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis opiat manakala isterinya negatif dadah.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati, suspek pertama mempunyai tiga rekod lampau berkait kes dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Disember depan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI