fbpx

Sesal dosa silam jadi gadis peneman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INA sanggup menjadi gadis peneman bagi golongan kenamaan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah. – Gambar hiasan

MEMBESAR dalam keluarga yang serba kekurangan bukan mudah buat seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Ina.

Menurutnya, setelah kematian bapa, kehidupan mereka sekeluarga serba kekurangan.

Jelas Ina, ibunya pada ketika itu terpaksa menjual nasi lemak bagi menyara mereka sekeluarga.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi sedemikian, Ina masih mampu untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran.

“Saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

“Sejak dari kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Jadi, peluang yang hadir itu harus saya ambil bagi mengubah masa depan keluarga,” katanya.

Selepas melanjutkan pelajaran di universiti, pejalanannya tidak semudah yang disangka dan Ina memerlukan sokongan kewangan yang baik.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup di menara gading tanpa menyusahkan ibunya, dia terpaksa melakukan kerja sampingan.

Kadangkala Ina sendiri merasakan dirinya tidak kuat untuk meneruskan pengajian, namun demi mengubah masa depan keluarga dia terpaksa meneruskannya.

“Saya menangis bersendirian kerana menyalah takdir dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

“Saya juga harus berjimat cermat dan ada ketikanya hanya makan sehari sekali,” jelasnya.

Keperitan hidup yang dilalui oleh Ina itu disedari oleh salah seorang rakannya.

Rakannya itu telah menyatakan bahawa tidak semua dilahirkan dengan kemewahan, namun ada cara lain untuk seseorang itu merasa hidup mewah.

Salah satunya caranya adalah dengan menjadi gadis peneman kepada lelaki ‘hidung belang’.

“Rakan saya beritahu, jika saya sanggup melakukan perkara itu, dia boleh tolong mencari orang kenamaan untuk menyara saya.

“Tetapi dengan syarat saya harus menemaninya ke mana sahaja dan melayani semua kehendaknya,” bicaranya.

Pada mulanya, Ina takut untuk berbuat demikian, namun setelah fikir panjang, Ina bersetuju untuk menjadi gadis peneman.

Dia menyalahkan takdir kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Itulah satu-satu cara yang boleh membantu Ina menamatkan pengajian, sekali gus membantu keluarga.

INA perlu menemani pelanggannya ke mana sahaja termasuk bercuti.
– Gambar hiasan

Hasil bantuan rakannya itu, dia telah menjadi gadis peneman kepada salah seorang orang kenamaan.

“Saya bukan hanya menemannya berhibur, malah saya juga harus bersama menjalinkan hubungan yang sememangnya dilarang dalam agama.

“Bukan itu sahaja, saya juga perlu menemaninya untuk pergi bercuti ke luar negara,” katanya.

Ina mengakui sudah hampir lima tahun dia menjadi gadis peneman.

Katanya, punca pendapatan tersebut digunakan untuk membantu menghabiskan pengajian dan menyara keluarga di kampung.

Malah, ibunya ada mempersoal mengenai wang yang diperolehnya bagi bagi membantu keluarga.

Bagaimanapun, Ina hanya menjawab dia melakukan kerja-kerja sampingan sahaja.

Setelah tamat pengajian, Ina mengambil keputusan untuk berhenti daripada melakukan perkara itu.

“Terdetik di hati saya untuk meninggalkan perkara yang dilarang dalam agama itu apabila hidup telah stabil. Kini, kehidupan saya telah stabil dan sudah memiliki keluarga,” katanya.

Jika mengenangkan perihal masa lalunya, Ina merasa berdosa kepada suaminya kerana mendapat isteri yang telah rosak.

Ina juga menasihati wanita di luar sana agar tidak mengikut langkah sumbang yang dilakukannya itu walaupun berada dalam situasi terdesak.

“Saya melakukan hal itu kerana terpaksa, tetapi hal itu tetap akan mengganggu emosi apabila saya telah berkeluarga,” jelasnya.

Tambahnya, dia berharap Allah SWT mengampuni semua dosa yang dilakukannya dan sejarah silam itu sentiasa dilindungi serta terpelihara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI