fbpx

Piala Malaysia: Cetek pengalaman antara punca Selangor tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva (kiri) cuba merampas bola dari Pemain Selangor FC, Quentin Jiun Ho Cheng (tengah) pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. oleh FARIZ RUSADIO

CETEK pengalaman bersaing di pentas tertinggi menjadi faktor utama kekalahan Selangor FC kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 1-2 pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pandangan tersebut disuarakan oleh pengendali Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe yang turut melihat barisan pemain tidak mampu mengekalkan intensiti tinggi selain melakukan kesilapan mudah pada babak kedua.

“Ini adalah satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan tetapi saya lihat kekalahan pasukan adalah disebabkan kekurangan pengalaman pemain beraksi di peringkat tertinggi.

“Pada babak pertama kita sudah melakukan yang terbaik dengan memberi tekanan kepada lawan tetapi momentum tersebut tidak mampu diteruskan pada babak kedua.

“Beberapa peluang yang gagal disudahkan juga telah menghukum pasukan sehingga menjejaskan permainan pasukan dengan JDT pula menunjukkan peningkatan pada babak kedua,” katanya.

Pada aksi tersebut, skuad Merah Kuning terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Herlison Caion tetapi JDT membuat kebangkitan dengan meraih dua gol hasil ledakan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut Selangor di pentas final Piala Malaysia edisi 2016 selepas turut tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 5-6 selepas aksi terikat 1-1 pada perlawanan sebenar.

Selangor pula terus kemarau kejuaraan untuk tahun ketujuh dengan kali terakhir menjuarai trofi Piala Malaysia edisi 2015. – KOSMO! ONLINE

Kekurangan pengalaman beraksi di pentas akhir selain beberapa kesilapan dilakukan meranapkan impian Selangor FC (SFC) untuk merangkul Piala Malaysia 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI