fbpx

Lelaki maut pacuan empat roda bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Lahad Datu - Sandakan hari ini.

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Sharif Zul, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala seorang lelaki berusia 58 tahun yang juga penumpang kenderaan jenis Toyota Hilux tersebut cedera dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu.

Turut cedera adalah pemandu lori iaitu lelaki berusia 54 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 1.48 tengah hari.

“Sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan lori bertembung. Terdapat tiga mangsa lelaki terbabit.

“Pemandu lori dan penumpang pacuan empat roda yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pemandu Toyota Hilux yang berada di dalam kenderaan kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.20 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI