fbpx

Lelaki maut motosikal rempuh belakang lori tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di Bentong semalam.

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori tunda di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu berlaku ketika mangsa, Samad Cham,48, dalam perjalanan menunggang motosikal dari arah Bentong ke Temerloh.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori tunda.

“Akibat kejadian penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lori tunda berkenaan berhenti di tepi jalan sebelum dirempuh motosikal berkenaan 30 minit kemudian.

“Pihak polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan dan polis menasihatkan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI