fbpx

Kelantan lulus enakmen anti lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang DUN Kelantan yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.

Usul pindaan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu mendapat sokongan penuh daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa bahas.

“Tujuan pindaan dilaksanakan adalah bagi memastikan Enakmen Anti Lompat Parti sekata dan selaras dengan apa yang telah diputuskan di Parlimen sebelum ini,” katanya ketika menggulung RUU berkenaan pada Persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Sementara itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub memaklumkan, pindaan RUU tersebut dilaksanakan selaras dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang berkuat kuasa pada 5 Oktober lepas.

Akta tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ro’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos lalu dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lalu.

Persidangan DUN Kelantan kemudiannya ditangguhkan dan akan bersambung semula pada 29 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI