fbpx

Eryn penat jadi mangsa body shaming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERYN pernah menangis kerana diejek disebabkan bentuk fizikalnya yang terlalu kurus.

Body shaming atau perbuatan mengejek fizikal seseorang merupakan satu igauan ngeri sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental.

Lebih teruk lagi, bentuk fizikal yang dijadikan bahan jenaka de­ngan menyamakan seperti objek tertentu itu dilakukan orang sekeliling mereka seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.

Situasi sama dialami gadis Pesona Ahad minggu ini Wan Nur Erina Amira Wan Yuhainis atau mesra disapa Eryn.

Dengan ketinggian 173 senti­meter dan berat badan 46 kilogram (kg), Erin mendedahkan dia sering menjadi mangsa body shaming sejak di bangku sekolah lagi. Kepada Kosmo! Ahad, gadis kelahiran Sungai Dua, Pulau Pinang bercerita lanjut mengenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan latar belakang Eryn?
Eryn: Saya berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang dan kini mene­tap di Kuala Lumpur kerana me­lanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Universiti Kuala Lumpur (UNiKL). Saya merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Selain belajar, saya melakukan kerja sambilan sebagai host live di aplikasi Bigo. Saya juga me­lakukan ‘product review’ selain model sambilan.

Bagaimana terjebak sebagai hos siaran langsung?
Saya ditawarkan pekerjaan ini kerana aktif di media sosial. Sebagai hos, saya perlu bijak berinteraksi dengan pengguna media sosial.

Apa yang orang ramai tidak tahu tentang Eryn?
Saya sering menjadi mangsa body shaming. Fizikal saya kurus dan berada dalam kategori under weight sejak kecil. Semasa berada di tingkatan tiga, saya mula berasa tidak selesa dengan fizikal ini kerana kawan-kawan selalu mengejek dengan penggilan ‘tulang’. Ada yang menyentuh bahagian badan saya seperti tangan dan memban­dingkan dengan saiz tangan mereka. Keadaan itu membuatkan saya tertekan, hilang keyakinan diri dan malu untuk berdepan dengan orang ramai. Ada masanya emosi saya tidak stabil dan menangis seorang diri.

Apakah langkah yang dibuat untuk mengatasi masalah ini?
Saya telah mencuba pelbagai produk makanan tambahan untuk menambah berat badan sejak di bangku sekolah mene­ngah, tetapi tidak berhasil. Berat badan saya masih sama, berat paling tinggi dicapai adalah 48kg, kemudian turun kepada 43kg.

Bagaimana timbul idea nama Ery Nak Gemuk di media sosial?
Saya anggap media sosial sebagai medium untuk saya lebih bersemangat mencapai berat badan ideal. Saya percaya pengguna TikTok dan Instagram sekiranya mereka membaca nama akaun, ia ibarat satu doa supaya berat badan saya bertambah.

Eryn pernah bercinta?
Hanya sekali, tetapi saya diting­galkan dengan alasan dia (bekas teman lelaki) mahu fokus belajar, tetapi akhirnya Allah tunjukkan siapa dia yang sebenarnya selepas ditangkap khalwat dengan wanita lain.

Ciri-ciri lelaki idaman Eryn?
Saya lebih tertarik dengan lelaki yang tidak merokok. Paling penting si dia bukan sejenis panas baran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI