fbpx

Empat beranak nyaris maut kereta jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mangsa yang terselamat selepas kereta dinaiki mereka jatuh ke dalam gaung dekat Pos Kuala Mu, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Empat beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter berdekatan Pos Kuala Mu di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.45 petang.

Katanya, kejadian melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jeep Cherokee yang dipercayai terbabas di laluan selekoh tajam ketika menuruni bukit.

“Difahamkan kejadian berlaku ketika empat beranak itu dalam perjalanan pulang selepas berkelah di Pos Kuala Mu.

“Kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter dan berada berhampiran sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat segera dijalankan untuk membawa naik kesemua mangsa bagi mendapatkan rawatan.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki cedera di muka dan kaki manakala seorang wanita pula sesak nafas. Dua remaja perempuan masing-masing cedera ringan.

“Mangsa yang cedera dihantar menaiki ambulans ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan. Tiga mangsa lain pula dibawa oleh jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba ke hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI