fbpx

DUN Kelantan: Kerja-kerja penggantian paip baharu sedang giat dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang DUN Kelantan yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan sedang meneruskan kerja-kerja penggantian paip lama dan pembinaan loji rawatan air dalam usaha menaiktaraf sistem bekalan air bersih di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, Datuk Azami Mohd. Nor memaklumkan kebanyakan projek dijangka siap pada tahun 2024.

Menurutnya, cadangan penggantian paip lama kepada baharu di Kelantan pada 2018 melibatkan kos sebanyak RM73.6 juta melibatkan daerah Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat dengan paip baharu siap diganti sepanjang kilometer (km)

“Di bawah pakej tiga melibatkan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Timur, Tumpat, Kota Bharu 11, Kota Bharu Selatan berada dalam proses penyediaan dokumen tender.

“Cadangan projek di bawah pakej tiga melibatkan penyediaan paip sepanjang 95 km dan dijangka siap pada 2024,” katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas – Tanjong Mas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Azami menjelaskan, cadangan kerja penggantian paip lama pada 2019 pula melibatkan perbelanjaan sebanyak RM141.2 juta melibatkan daerah Tanah Merah, Kuala Krai, Kota Bharu dan Machang dengan paip sepanjang 226 km yang dijangka siap pada tahun 2024.

Katanya, pembinaan telaga di Loji Rawatan Air Tanjong Mas di bawah pakej satu masih dalam proses pembinaan dan tarikh masuk tapak adalah pada 15 November 2021.

“Kemajuan kerja sehingga September 2022 mengikut jadual adalah pada tahap 77 peratus, namun perkembangan sebenarnya adalah pada tahap 70 peratus.

“Di bawah pakej dua pembinaan Loji Rawatan Air Tanjong Mas, perancangan kita adalah melibatkan kapasiti 30 juta liter air sehari dan tarikh pengeluaran tender dijangka pada November 2022,” katanya.

Sementara itu bagi menjawab soalan tambahan dari Mohd. Syahbuddin Hashim (BN – Galas) beliau memberitahu, sebahagian besar proses penukaran paip adalah di bawah seliaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Penglibatan Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah di dalam proses pembinaan loji dan loji rawatan air di Gua Musang dijangka siap pada awal tahun hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI