fbpx

Dah macam ikan bakar portugis, Nabil sakat baju Kak Lina Pom Pom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAJU digayakan Lina Pom Pom disamakan seperti ikan bakar portugis oleh pengacara bersama GV9, Nabil Ahmad.

SHAH ALAM – Busana bertema futurisik digayakan pengacara bersama Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein pantas mencuri perhatian peminat.

Ramai dalam kalangan peminat menerusi Twitter berasa pelik namun pada masa sama memuji dres berona hitam ditengah dipadankan dengan warna perak berkilau.

“Aina Abdul is shaking tengok baju ‘angkasawan’ Kak Lina Pom Pom nombor syatu (satu).

I love you Lina Pom Pom tapi akak nampak besarlah dengan baju itu. Harap-harap ada tukar baju kedua nanti,” demikian antara ciapan ditinggalkan pengguna Twitter.

Sementara itu, di atas pentas, pengacara bersama Nabil Ahmad berseloroh dengan berkata: “Dah macam ikan bakar portugis.”

Sementara itu, turut mencuri tumpuan adalah busana sedondon berwarna merah jambu yang digayakan oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Seorang lagi juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat kekal anggun dengan persalinan yang sangat menyerlahkan kejelitaannya.

Kerusi juri peringkat akhir GV9 turut diserikan dengan kehadiran juri jemputan, penerbit muzik berpengaruh, Edry Abdul Halim yang diterbangkan khas dari United Kingdom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI