fbpx

Ziarah kubur kembar selepas diijab kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar @lisasuhaimiii yang lengkap berbusana pengantin sedang menyiram air di atas pusara arwah kakak kembarnya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pengantin yang setia melawat kubur kakak kembarnya meskipun sudah lebih setahun wanita itu meninggal dunia mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Video tular yang dimuat naik menerusi akaun di TikTok @lisasuhaimiii memperlihatkan dia yang lengkap berbusana pengantin berwarna putih menyiram air di atas pusara arwah kakaknya.

“Saya datang (ziarah) kerana ingin memberitahu berita baik walaupun kamu (kakak kembar) hanya melihat dari jauh. Semoga tenang di sana, kembarku,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan simpati dengan pengantin perempuan tersebut.

“Al-Fatihah, sudah setahun berlalu. Semoga anda terus diberikan kekuatan,” kata seorang pengguna TikTok.

“Ya Allah, bergenang air mata saya melihatnya. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehah dan tahniah juga selamat pengantin baru,” ucap pengguna lain.

“Anda sungguh tabah. Tidak terbayang rasanya jika hal seperti ini berlaku kepada saya. Kembar saya sudah berkahwin dan menetap di negeri lain pun sudah cukup membuatkan saya meraung setiap malam,” katanya seorang pengguna media sosial itu.

Selain itu, ada pengguna TikTok yang mengucapkan tahniah kepada pemilik akaun tersebut kerana bergelar isteri orang.

“Selamat pengantin baharu. Semoga kekal sampai bila-bila dan al-Fatihah buat kembar adik,”

“Al-fatihah sahabat. Jika arwah masih ada, kalian sudah pasti naik pelamin bersama-sama. Selamat pengantin baharu dan semoga kekal hingga ke anak cucu,” komen seorang pengguna.

Difahamkan kakak kembar wanita itu meninggal dunia akibat kemalangan selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan kerana jalan basah.

Setakat ini, video itu mendapat 40,700 tanda suka dan 641,100 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI