fbpx

Wanita lepas bayi digendong demi selamat anak jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu terjun selepas anaknya melompat ke dalam sungai. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia melepaskan bayi dalam dukungannya secara tidak sengaja kerana panik untuk menyelamatkan seorang lagi anaknya yang terjun ke dalam sungai secara tiba-tiba, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Video memaparkan kejadian tersebut dimuatnaik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Rakaman dari televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan seorang wanita dan dua anaknya berada di tebing sungai.

Wanita itu bermain bersama anak-anaknya dengan mencelupkan kaki bayinya ke dalam air dan mengangkatnya semula. Seorang lagi anaknya kelihatan berdiri di sebelah wanita berkenaan.

Kanak-kanak tersebut dilihat memerhati ke arah sungai ketika ibunya bermain dengan adiknya. 

Tidak lama selepas itu, dia secara tiba-tiba terjun ke dalam sungai.

Si ibu dilihat panik lalu melepaskan bayi yang digendongnya sebelum terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya. Bayi itu dilihat jatuh ke atas jalan dalam keadaan tertiarap.

Seorang wanita lain yang menyaksikan kejadian itu segera berlari menyelamatkan bayi tersebut. Dia terus mengangkatnya ketika bayi itu sudah menangis kerana terhantuk.

Si ibu yang terjun ke dalam sungai bertambah panik melihat kejadian itu. Dua penduduk lain kemudian datang ke arah mereka untuk memberi bantuan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sakit betul bayi itu kerana terjatuh, tetapi tidak boleh salahkan si ibu kerana ia tindakan spontan. Harap bayi dalam keadaan baik,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI