fbpx

PRU15: Tun Mahathir harap 4,566 pengundinya tidak malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk tidak malu dengan tindakan mereka.

Menerusi hantaran di aplikasi Twitternya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu telah menghantar sepucuk surat kepada kesemua pengundinya itu dengan ucapan terima kasih kerana tampil berani memberi undi terhadapnya pada PRU15 lalu.

“Walaupun saya tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya berasa sangat berbesar hari kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA.

“Diatas keberanian ini, sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana mengundi saya,” katanya.

Beliau juga berkata walaupun tidak meraih undi yang banyak namun ia tidak bermaksud perjuangan yang dibawa tidak benar malahan, berikutan berpegang kepada prinsip pejuangan itu kadang-kala dipinggirkan.

“Saya harap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI