fbpx

Piala Malaysia: JDT terselamat daripada aib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor FC, Herlison Caion De Souza Ferreira (tiga kanan) meraikan gol jaringannya pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. FOTO/ FARIZ RUSADIO

JARINGAN Bergson Da Silva pada masa tambahan babak pertama menyelamatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada detik sukar apabila menamatkan 45 minit pertama 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Berdasarkan perkiraan atas kertas dan ramalan awal, segalanya lebih condong kepada Harimau Selatan sebaliknya cerita 45 minit pertama berpihak kepada Red Giants yang dilihat lebih bernafsu untuk memasuki bilik persalinan dengan kelebihan 1-0.

Sepanjang aksi berlangsung, trio Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi, Herlison Caion dan Hein Htet Aung menjadi tiga individu paling menonjol, namun peluang diperolehi gagal disempurnakan dengan jaringan.

Ketika aksi babak pertama hampir berakhir tanpa jaringan, pengadil bertugas, Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti buat Selangor dan kesempatan pada minit ke-45 itu disempurnakan dengan baik oleh Caion.

Bagaimanapun, beberapa saat sebelum pengadil meniup wisel penamat, Bergson muncul tepat pada masanya untuk menghadiahkan gol penyamaan buat JDT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI