fbpx

Piala Dunia: Uruguay enggan salahkan Nunez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ (kanan) yang mengetuai jentera serangan Uruguay gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik ketika terikat tanpa jaringan menentang Korea Selatan. – AFP

AL RAYYAN – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez tidak harus dipersalahkan ekoran kegagalan membantu Uruguay yang hanya seri tanpa jaringan menentang Korea Selatan kelmarin.

Nunez gagal meruntuhkan tembok pertahanan Korea Selatan yang diketuai bek tengah Napoli, Kim Min-jae sepanjang aksi pertama Kumpulan H itu di Stadium Education City.

Kegagalan itu dilihat merugikan La Celeste yang menguasai perlawanan dengan 10 percubaan kerana tugasan lebih mencabar menanti mereka dalam dua aksi seterusnya.

Ketua Jurulatih Uruguay, Diego Alonso mengakui, kegagalan menguasai bola ketika menyerang menjadi sebab mereka sekadar meraih satu mata.

“Pemain sudah berikan yang terbaik dan segalanya mengikut perancangan. Cuma kami kurang berbahaya di bahagian sayap ketika melakukan serangan.

“Saya tidak mahu memberikan banyak alasan kerana secara keseluruhan saya gembira dengan prestasi para pemain. Mungkin nasib juga tidak menyebelahi kami,” katanya.

Cabaran lebih getir menanti Uruguay untuk aksi kedua di Stadium Lusail pada Selasa ini kerana bakal berhadapan Portugal.

Malah, Portugal juga pastinya turun dengan misi balas dendam susulan penyingkiran pada Piala Dunia 2018 disebabkan tewas 1-2 kepada Uruguay di pusi­ngan ke-16 terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI