fbpx

Piala Dunia: Perancis harap kebangkitan Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE belum benar-benar membuktikan kemampuannya biarpun berjaya meledak satu gol ketika menentang Australia sebelum ini. - AFP

DOHA – Pasukan Perancis mengharapkan ‘magis’ Kylian Mbappe kembali bersinar menjelang aksi kedua Kumpulan D menentang Denmark pada saingan Piala Dunia 2022 di Stadium 974 tengah malam ini.

Sebagai rekod, kelibat Mbappe ‘dibayangi’ dengan kecemerlangan penyerang veteran, Oli­vier Giroud pada aksi pertama bertemu Australia awal minggu ini meskipun masih berjaya meledak satu gol.

Ketua jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps percaya saingan Piala Dunia adalah medan buat penyerang skuad Paris Saint-Germain (PSG) mengembalikan semula aura seperti yang dilakukan pada pentas Piala Dunia edisi 2018.

“Mbappe sudah dianggap sebagai antara pemain berkelas dunia untuk beberapa tahun yang lepas, tetapi harus diakui prestasinya ketika ini tidak konsisten seperti sebelum ini. Namun, saya lihat dia semakin yakin dan bersedia sepenuhnya untuk membantu pasukan.

“Jika ditanya, sudah tentulah dia bakal menjadi sandaran utama kami dalam usaha me­ngutip tiga mata penuh bertemu Denmark nanti sekali gus mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati,” kata Deschamps yang membantu pasukan menjuarai trofi Piala Dunia 2018.

Sementara itu, pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele menyeru agar rakan-rakan sepasukan tidak memandang mudah dengan ancaman yang boleh diberikan oleh Denmark meskipun mereka dianggap ‘underdog’ pada pertemuan kali ini.

“Saya harap pasukan belajar daripada kesilapan yang lepas dan tidak boleh ambil mudah dengan cabaran pasukan lawan dan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan,” kata pemain kelab Barcelona itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI