fbpx

Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Blue Valley di Cameron Highlands hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Seorang lelaki maut akibat ditimbus tanah dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kejadian pada pukul 12.54 tengah hari itu, mangsa yang berusia 37 tahun sedang memandu sebuah jengkaut.

“Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang mana terdapat sebuah jentolak dihempap runtuhan tanah tersebut.

“Seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulfadli, mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan cangkul.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI