fbpx

Pekerja pos baling bungkusan pelanggan ke dalam trak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja itu dilihat melempar bungkusan dari tiga troli ke dalam trak. - Fox 10 Phoenix

WASHINGTON – Seorang pekerja Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) baru-baru ini tular setelah dirakam membaling bungkusan pelanggan ke dalam trak, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut saluran televisyen Fox 10 Phoenix, pekerja itu melemparkan kotak-kotak berisi piring hitam dari kedai muzik The ‘In’ Groove yang terletak di Washington.

“Tiga troli kesemuanya, dia membalingnya sehingga memenuhi ruang,” kata pemilik kedai, Michael Esposito kepada Fox 10 Phoenix.

Kedai itu menghantar sehingga 300 bungkusan sehari sebelum menyaksikan kejadian itu berlaku menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

“Dia membalingnya dengan ganas ke dalam trak dari jarak sekitar 3 hingga 4 meter. Bungkusan-bungkusan itu  jatuh ke tanah setelah trak penuh sebelum dia melemparnya kembali.

“Piring hitam itu berharga kira-kira AS$40,000 (RM180,200) ,” jelas Esposito.

Esposito pada awalnya mahu menegur tetapi mengubahnya. Dia bagaimanapun sedih kerana pelanggan mengeluarkan wang untuk membeli piring hitam itu.

“Kami tekejut melihat rakaman ini kerana ini bukan cara kami melatih pekerja. Ini jelas merupakan tingkah laku yang tidak boleh diterima yang tidak mencerminkan usaha beribu-ribu pekerja profesional dan berdedikasi.

“Kami dalam proses menangani isu ini. Kedua-dua pekerja dan pengurusan kanan USPS telah menghubungi untuk memohon maaf kepada pemiliknya,” kata Pengurus Komunikasi Strategik USPS, David Rupert menerusi e-mel kepada laman berita Fox News Digital. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI