fbpx

Pearly-Thinaah dapat ‘durian runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM37,500 kepada Thinaah (dua dari kiri) dan Pearly (tiga dari kiri) dalam satu majlis ringkat di ABM Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mendapat suntikan semangat terbaik menghadapi Jelajah Dunia Akhir 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 7 hingga 11 Disember ini.

Ia selepas Persatuan Badminton Dunia (BAM) ‘menghadiahkan’ insentif bernilai RM37,500 buat pasangan ranking kesembilan dunia itu terhadap kejayaan menjuarai Terbuka Perancis baru-baru ini.

Ia merupakan pencapaian bersejarah buat Malaysia memandangkan itu adalah kali pertama beregu wanita negara menjuarai kejohanan tersebut sejak mula dianjurkan pada 1908.

Insentif itu disampaikan Presiden BAM, Tan Sri Mohammad Norza Zakaria dalam satu majlis ringkas selepas tamat Mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

“Kejayaan ini meniup semangat kami untuk terus meraih kejayaan. Sudah ia juga memberi motivasi kepada kami untuk bermain lebih baik pada masa depan,” kata Pearly.

Dalam perkembangan lain, BAM membuat keputusan untuk memisahkan Unit Prestasi Tinggi ABM yang akan bertanggungjawab terhadap pencapaian dan pretasi pemain berkuat kuasa serta-merta.

“Tidak lagi di bawah C&T (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan). BAM hanya fokus kepada pentadbiran seperti FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia).

“Prestasi Tinggi pula menjaga hal dalam menghasilkan juara dunia, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, kejuaraan Piala Thomas dan lain-lain berkaitan menghasilkan pemain,” jelas Norza.

Unit Prestasi Tinggi akan tertakluk di bawah Ketua Pegawai Eksekutif ABM, Michelle Chai dan diketuai Dr. Tim Jones.

Struktur di bawahnya pula adalah Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Wong Chon Hann dan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

Dalam masa sama, BAM mengesahkan akan menguruskan sepenuhnya pengurusan penjualan tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia bermula 10 hingga 15 Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI