fbpx

Keluarga kecewa bapa diminta tunggu 11 jam atas kerusi hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bryan meninggal dunia di hospital Hull Royal Infirmary pada 15 November lalu. – PA

LONDON – Keluarga seorang warga emas berusia 83 tahun meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah hospital di England yang mereka dakwa memberi layanan buruk kepada pesakit berkenaan sehingga mengakibatkan kematiannya, lapor akhbar Mirror UK.

Bryan Fulstow  meninggal dunia di hospital Hull Royal Infirmary pada 15 November lalu setelah  menanti selama 11 jam di atas kerusi di koridor hospital.

Dia dibawa ke jabatan kecemasan enam hari sebelumnya kerana disyaki mengalami sepsis sebelum dipindahkan ke wad penilaian dan diarah menunggu di sebuah kerusi sementara menanti katil kosong.

Menurut anak lelakinya, Steve, bapanya juga terpaksa menanti ambulans tiba selama dua jam setengah selepas jatuh sakit.

Steve berkata, Bryan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius sebelum itu, namun dia secara tiba-tiba meracau dan mengalami peningkatan suhu badan.

Selepas sehari dirawat di unit penilaian, Bryan dipindahkan ke sebuah wad biasa meskipun tiada katil kosong tersedia untuknya.

“Dia duduk di atas kerusi di koridor dengan kateter dipasang pada badannya ketika beratus-ratus orang lalu-lalang selama 11 jam. Di mana maruah kami?” kata Steve.

Tambahnya, selepas penantian tersebut, Bryan ditempatkan di dalam sebuah bilik kecil secara sendirian.

“Bagi saya, ini menjadi antara faktor yang membawa kepada kematiannya. Jika bapa tidak berada di dalam bilik sendirian,  pasti ada orang yang boleh membantunya,” ujar Steve.

Tambah Steve, bapanya disahkan meninggal dunia akibat kepala terhantuk pada lantai selepas terjatuh seorang diri. 

Seorang jurucakap Hospital Pembelajaran Universiti Hull NHS Trust berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan dikemukakan Steve itu dan pasukan jururawat akan memaklumkan hasil siasatan kepada keluarga berkenaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI