KETIKA populariti ramai artis baharu sedang meledak, nama Hun Haqeem nampaknya tidak pernah tenggelam.
Dia sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila foto-fotonya dipunggah peminat sehingga meraih pujian.
Jika dahulu dia dikenali menerusi watak Jekfer dalam Kampung People, kini Hun diberi gelaran baru iaitu Oppa Malaysia.
Semuanya gara-gara dia memuat naik foto segak memakai kemeja-T putih dan berlatar sawah padi dalam Instagramnya.
“Ingatkan ‘oppa’ manalah tadi yang bergambar di sawah padi,” komen netizen.
“Semakin tampan, semakin Korea wajahnya. Cairnya hati,” puji seorang peminat wanita.