fbpx

Influencer perjelas gelaran ‘Walid’ buat Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar @zhiddinaziz tampil menjelaskan makna di sebalik gelaran 'Walid' yang menjadi tular di media sosial

PETALING JAYA – Seorang influencer atau pempengaruh media sosial tampil menjelaskan makna di sebalik gelaran ‘Walid’ yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 menerusi sebuah video baru-baru ini.

Pemilik akaun @zhiddinaziz itu berkata, beliau berdepan pelbagai kecaman di Twitter susulan video memaparkan dirinya membahasakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran ‘Walid’.

Menurutnya, perkataan itu merupakan bahasa figuratif yang mana digunakan sebahagian teknik bahasa metafora agar lebih berjiwa.

“Sebelum saya merakam video itu, saya sudah berfikir secara mendalam bahawa berkat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bank Islam ditubuhkan demi menghapuskan amalan riba dan Yayasan Anda Akademik juga ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang bertakwa.

“Semua idea yang beliau curahkan kekal hingga ke hari ini sehingga mampu mencetuskan masyarakat madani serta generasi rabbani,” jelasnya menerusi satu hantaran video hari ini.

Menurut lelaki itu, dia melihat perjuangan Anwar seperti seorang panglima perang islam terdahulu, Saifullah al-Maslul atau lebih dikenali sebagai Khalid ibn Al Walid.

“Justeru itu, saya menggelarkannya ‘Walid’ untuk penulisan saya sahaja. Namun, kebetulan gelaran itu sama dengan ketua keluarga.

“Maka saya mengarang sebuah karya menggunakan situasi keluarga agar penonton berasa lebih dekat, tetapi saya tidak menyuruh (mengajak) saudara untuk turut serta menggelarkan dia Walid kerana saya menggunakan gelaran itu untuk karya saya sahaja,” katanya lagi.

Susulan penjelasan tersebut, rata-rata orang ramai menyokong dan memuji kebolehannya berbahasa.

“Teruskan berkarya, saudara. Karya saudara penuh dengan seni dan indah untuk didengar,” puji seorang pengguna.

“Sastera itu indah dan bahasanya lembut. Saya menyukai segala kandungan dalam video anda yang banyak mengandungi seni bahasa,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI