fbpx

Hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 12 negeri termasuk Sabah sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Pantai Timur, amaran dikeluarkan membabitkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang); Terangganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).

“Bagi Pahang pula ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya hari ini.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

“Hujan lebat juga diramalkan berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling) manakala di Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Tambahnya lagi, turut terlibat Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, dan Tawau (Lahad Datu) di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI