fbpx

Final Piala Malaysia: Padang Stadium Bukit Jalil ditutup kanvas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanvas bersaiz gergasi melitupi permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

AKSI final Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka berlangsung tanpa sebarang kontroversi selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif menggunakan kanvas bagi menutup permukaan padang susulan hujan renyai sebentar tadi.

Tindakan itu dibuat susulan hujan pada pukul 3 petang tadi yang mungkin mengakibatkan padang rosak sekali gus tidak berada dalam keadaan terbaik untuk melangsungkan aksi final pada malam.

Sebagai rekod, padang SNBJ telah menerima kritikan hebat apabila rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023, Jun lepas sekali gus menyebabkan PSM terpaksa membuat keputusan memperbaiki keadaan padang serta-merta.

Dijangka 80,000 penyokong membanjiri SNBJ pada aksi final edisi ke-96 kali ini melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

JDT kini memburu trofi Piala Malaysia buat kali pertama sejak edisi 2019 manakala Selangor pula mahu menamatkan penantian tujuh tahun selepas kali terakhir menang pada musim 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI